Majlis Penghargaan Bulan Kebangsaan 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL)

26 September 2018 | Aktiviti Terkini

Tajuk : Majlis Penghargaan Bulan Kebangsaan 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL)
Tarikh : 25 September 2018
Masa : 8.00 PM – 10.00 PM
Lokasi : Hotel Summit Kuala Lumpur

Tujuan: Pihak Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) telah mengadakan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018, sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada bulan Ogos yang lalu. Pusat Internet PPR Seri Semarak adalah salah satu pusat internet yang tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan tersebut. Semua peserta sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dijemput menghadiri Majlis Penghargaan Bulan Kebangsaan yang telah dirasmikan oleh Pengarah Penerangan Negeri, Jabatan Penerangan WPKL, YBrs. Encik Devaraj Subramaniam. Selain ucapan perasmian, peserta juga disajikan dengan makan malam, sesi karaoke dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang. Pemenang juga telah diumumkan dan akan mewakili WPKL untuk peringkat kebangsaan. Semua Pusat Internet yang menyertai pertandingan telah mendapat sijil penyertaan dan saguhati bagi kategori bangunan kerajaan dalam pertandingan keceriaan tersebut.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali